13.10.13

DATO' BAHAMAN





BIODATA DATO' BAHAMAN


*    Nama sebenar beliau Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh.
*    Ayah beliau Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Sumatera
*    Ibu beliau Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan.
*    Dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya.
*     Rakan kepada Tok Gajah
*     Bapa kepada Mat Kilau
*    Beliau juga dikenali sebagai Seman.
*    Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal.
*    Kelebihan yang dimilikinya ini menyebabkan beliau digelar sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu.
*     Gelaran ‘Seman Tahan’ juga tekah digunakan untuk nama sebatang sungai. Sungai Seman Tahan.


—      
anugerah


     *    Dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan
*    Diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor.
*    Dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara. Dengan pangkat ini, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat
*    Beliau seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.

FAKTOR PENENTANGAN

HILANG HAK MENGUTIP
Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh
PEMBINAAN BALAI POLIS
Konflik antara Dato’ Bahaman dengan British menjadi lebih serius apabila E.A. Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu. Dato’ Bahaman menganggap tindakan British itu sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya

PERLUCUTAN GELARAN

Keengganan Dato’ Bahaman mematuhi arahan menyebabkan Hugh Calliford menganggapnya sebagai penderhaka. British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Tidakan British itu telah memalukannya dan beliau bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang


.

PERISTIWA PENENTANGAN

PERANG SEMANTAN

Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Teruayang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen BritishPahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi kePekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.


~ Pada 16 Disember 1891, British telah menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Tindakan British itu menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua. Peristiwa ini mencetuskan Perang.

~ Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu dan untuk menawan semula Lubuk Terua. Ekoran dari itu pada 26 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Hugh Clifford dan pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman. Tetapi, Hugh Clifford yang mengetuai pasukan yang terdiri daripada 200 anggota tentera telah tewas. Clifford berundur dan meminta bantuan dari Singapura.

~ Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman dan rakyat Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Sultan” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. 'Gerakan Sultan' telah menawan 11 buah kubu Dato' Bahaman di Pahang.

~ Akan tetapi, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.

Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.

~ Pada Mei 1892, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris.

~ Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya. British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai.

~Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Dato' Bahaman, Tok Gajah serta Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.

~ Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan. Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.
~ Walaupun perjuangan Dato' Bahaman dan pengikutnya gagal, tetapi mereka telah memperlihatkan keberanian menetang Bristish.. Semangat patriotisme yang ada pada jiwa mereka tekah berjaya menggugat kedudukan British di Pahang. Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.



PERSETIAAN SUMPAH

Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, iaitu Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).
Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjung Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya.







Potret ini dikatakan gambar pahlawan tersebut

1. Tok Gajah    2. Dato' Bahaman     3. Mat Kilau


video tentang dato' bahaman