BIODATA DATO' BAHAMAN










anugerah




FAKTOR PENENTANGAN
HILANG HAK MENGUTIP
Dato’ Bahaman menentang
tindakan British melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut
Hasil di daerah Temerloh
PEMBINAAN BALAI
POLIS
Konflik antara Dato’
Bahaman dengan British menjadi lebih serius apabila E.A. Wise mendirikan balai
polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu. Dato’ Bahaman menganggap
tindakan British itu sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya
PERLUCUTAN GELARAN
Keengganan Dato’
Bahaman mematuhi arahan menyebabkan Hugh Calliford menganggapnya sebagai
penderhaka. British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa
Pahlawan Semantan. Tidakan British itu telah memalukannya dan beliau bersumpah
akan menghalau British keluar dari Pahang
.
PERISTIWA PENENTANGAN
PERANG SEMANTAN
Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang
Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan
itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak
mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Teruayang terletak di
kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh
Clifford, Pemangku Residen BritishPahang, mengetahui hal tersebut, beliau
menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi
kePekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan
ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan
tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.
~ Pada
16 Disember 1891, British telah menangkap tiga orang
pengikut Dato' Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Tindakan
British itu menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis
Lubuk Terua. Peristiwa ini mencetuskan Perang.
~ Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu,
pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan
pembangkang-pembangkang Melayu dan untuk menawan semula
Lubuk Terua. Ekoran dari itu
pada 26 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Hugh
Clifford dan pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato'
Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan
Dato' Bahaman. Tetapi, Hugh Clifford yang mengetuai pasukan yang terdiri
daripada 200 anggota tentera telah tewas. Clifford berundur dan meminta bantuan
dari Singapura.
~ Pada
Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk
menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman dan rakyat Pahang. Satu pasukan yang
dinamakan “Gerakan Sultan” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan
kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin
oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali
Badoh dan Abdullah dari Bera. 'Gerakan Sultan' telah menawan 11 buah kubu Dato'
Bahaman di Pahang.
~ Akan tetapi, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan
tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan
pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari 1892, keadaan tegang
dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah
diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.
~ Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya
menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana
dibantu oleh Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau. Pihak Inggeris kalah dan
Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh
orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan
penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.
~ Pada Mei
1892, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa
berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah
menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris.
~ Pada 14
Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’
Bahaman bersama 100 orang pengikutnya. British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai.
~Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang
diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris
yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram
Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang
bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut
menyebabkan Dato' Bahaman, Tok Gajah serta Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini
menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.
~ Sir Hugh Clifford, Residen Bristish
di Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran yang menelan belanja yang
banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan. Gerakan itu
dihentikan pada bulan November
1895 apabila Datuk Bahaman,
Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi
diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau
diberitakan meninggal di Terengganu.
~ Walaupun perjuangan Dato' Bahaman dan
pengikutnya gagal, tetapi mereka telah memperlihatkan keberanian menetang
Bristish.. Semangat patriotisme yang ada pada jiwa mereka tekah berjaya
menggugat kedudukan British di Pahang. Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun
(1891-1894) telah menyebabkan pihak Inggeris menanggung hutang yang banyak.
Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00 dollar setahun bagi
menyelesaikan hutang tersebut.
PERSETIAAN
SUMPAH
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah
mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan
di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan
menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya.
Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, iaitu Dato’ Bahaman
(Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu,
Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh),
Mamat Kelubi (Tok Janggut).
Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat
Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia
di Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di
Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun
1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru
Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjung Medang,
Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat
Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di
Kg. Peramu sehingga kematiannya.
Potret ini dikatakan gambar pahlawan tersebut
1. Tok Gajah 2. Dato' Bahaman 3. Mat
Kilau
video tentang dato' bahaman